mawaddah

mawaddah

Tuesday 2 August 2011

Homestay Mawaddah Kuantan

Alhamdulillah dengan sukacitanya kami memperkenalkan homestay yang baharu dibuka Julai 2011 dengan keadaan sangat bersih dalam persekitaran sunyi serta nyaman di sebelah hutan bukit UIAM. Jarak dari pusat bandar Kuantan hanya kira-kira 4 km.
Selain bersebelahan UIAM, homestay ini juga berhampiran Kolej Universiti Shahputera, Kolej Antarabangsa IKIP, Kolej Profesional Mara, dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Homestay Mawaddah juga berjiran dengan KWSP dan Kompleks Kementerian Dalam Negeri
Alamat: No. 16, Lorong IM8/25, Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.